Tuesday, June 26, 2012

Ciri-ciri Black Metal

Gitar kencang dengan petikan tremolo, lirik yang berbentuk memuja setan, pagan, atau bertema okkult yang blaspheme Christianity. Kumpulan musik seperti Kumpulan Slayer, Landser, Deicide, Death's Head, dan Immolation bertindan lirik seperti black metal tetapi ditakrifkan dari segi muzik kepada death metal (Immolation, Deicide), thrash metal (Death's Head, Slayer), atau Rock Against Communism (RAC) (Landser, Intimidation One).

Bunyi gitar agak lemah atau bunyi gitar yang agak kuat, biasanya tidak berbunyi sederhana.

Keluaran terhad dengan sengaja sebagai kenyataan terhadap musik utama dan/atau menunjukkan mood musik, untuk mencipta suasana. Kesan 'kurang pengeluaran' sering kali dicapai dengan menghilangkan frekuensi tinggi dan rendah, meninggalkan jalur bunyi pertengahan.

Pukulan dram yang laju, garang, seringkali dengan hentaman kuat. Di waktu lain pula, dram dipukul perlahan dan diiringi dengan nada kosong dan kering — terutamanya bagi kesan suasana musik.

Keyboard eletronik digunakan sekali-sekala. Setting violin, organ, dan choir biasa digunakan, bagi menghasilkan muzik seperti okestra atau seperti kathedral. Sesetengah kumpulan pula cenderung menggunakan keyboard secara kerap, samada sebagai peralatan malah asas keseluruhan bunyi mereka. Ia biasanya diletakkan di bawah label simfoni black metal.

Suara yang nyaring dengan herotan, peralatan musik perkussion yang laju, suasana sejuk, gelap, sedih, muram dan samar.

Beberapa subgenre death metal:

Technical death metal - Death Metal yang dikembangkan dengan nada-nada diatonis, merupakan perkembangan dari musik Death Metal ke yang lebih kompleks.

Melodic death metal - heavy metal dicampur dengan beberapa unsur Death Metal, misalnya death growl dan blastbeat.

Progressive death metal - gabungan antara death metal dan progressive metal

Brutal death metal - Brutal Death Metal merupakan perkembangan dari Death Metal itu sendiri. Brutal Death Metal merupakan salah satu perkembangan yang berhasil menghasilkan perkembangan lagi di genre Death Metal. Brutal Death Metal menghasilkan Slamming-Gore Brutal Death Metal, Slamming-Groove Technical Brutal Death Metal, Slamming Goregrind, dan lainnya.

Deathcore - gabungan antara metalcore/groove metal dengan death metal, merupakan genre Death Metal yang lebih menjurus kepada musik Post Hardcore.

Death/Doom - gabungan antara doom metal dan death metal

Blackened death metal - Blackened Death Metal merupakan usul-usul yang dilakukan oleh band-band Death Metal yang ingin menggabungkan kembali unsur Black Metal pada Death Metal seperti yang terjadi pada Era Pertama Death Metal, di mana Death Metal masih tercium bau-bau Black Metal.

0 komentar:

Post a Comment